Hai
Saturday, 12 May 2012 ? 0 Atashinchi ?
Assalamua'laikum.Oh man oh mann! Aku dah TERblock kau. OH NO OH NOO! Hahaha, Faten gila kejap. Ambil masa untuk bertenang dan teruskan menaipp. *menari chicken dance* Fuhh~
Okay dah. Move on and smileee. She has blocked you dude. What you wanna do? Seat and laughing aite? Yeah, kau cuma akan duduk situ dan gelak sebab aku block kau. Dan fikir aku ni kebudak budakan. Elehh, aku memang macam budak budak pun. Hang sakit tang mana?
Kay, hari Jumaat yang lepas bersamaan 11.5.2012, sebelum aku pergi sekolah aku terjatuh. Lutut aku TERHENTAK. Kay, faham ayat tu betul betul. Yes, kaki aku berdarah balik. And korang pun kena faham betapa sakitnya aku time tuh! Lutut terhentak dah memang sakit, luka accident aku dulu tuh baru nak sembuh berdarah balik terlebihlah sakitnya. Disebabkan kejadian tu, aku terpaksa skip exam Add Math and Akaun. Klink buka pukul 9, pukul 9.30 baru doktor sampai, tapi dia pergi layan orang lain dulu. Ya, orang tuh memang datang dulu tapi kaki aku tengah sakit woii! SAKIT! Cuci kejap je enn? Dah lah aku boleh terlelap tunggu doktor sampai. Pukul 10 baru die cuci luka aku. Aku jatuh pukul 7. Kuman di kaki, kuman di kakikuuuuu, pergilah mati secepat mungkin #tudung pengawas aku basah sebab aku menangis kesakitan.
Jap jap, nak cerita lagi nih. Luka aku kann, terkopek sikit. Maksudnya tak tertanggal semua, still ada yang terlekat. And again boleh tengok daging. So, ini serious kan? Bukan sakit sikit kan? Tapi tolong lah layan aku macam Faten Muaseh yang comel dan awesome ni macam selalu. Jangan nak bagi keistimewaan melebih. Terasa tahu? Macam aku ni dah cacat seumur hidup. Y.Y
Malam tu pulak, boleh pulak aku sakit perut. Serious sakit gila, dan aku tahu aku akan muntah sebab dulu aku dah pernah kena. Mak aku akan suruh sapu minyak kat perut dan baring terlentang. Letak bantak kat atas perut kau dan beberapa jam atau minit korang akan rasa sakit yang amat. Dan time tuh korang hanya perlu pergi ke tandas dan muntah. Tapi kena tahan lah seksa time nak muntah tu, tapi jangan risau lepas muntah korang akan rasa legaaaa yang amat.
Amaran! Korang ibarat main dengan api bila korang tuduh/paksa/marah aku tanpa sebab munasabah time aku tengah sakit.
Psst, rajin rajin lah bagi soalan Add Math hari Jumaat tuh. Em, jawapan sekali. Aku menunggu ni
#takde orang yang kisah aku jatuh haritu kecuali Eyraa dan Mimie *terasa*