Forever Young


Tentang Hanis
Friday 30 November 2012 ? 0 Atashinchi ?
Assalamua'laikum,

Korang dah pernah baca cerita tentang Elia? Tak? Okay, klik sini dan sini. Now, baca tentang Hanis pulak.

Hanis, gadis yang ceria dan kuat makan. Disebalik keceriaan Hanis, gadis itu pernah terluka dikecewakan cinta pertama. Hanis betul betul kecewa time tuh. Dia mula murung, makan tak lalu. Tapi kecewa Hanis tidak lama sebab Hanis jumpa dengan seseorang yang buat Hanis kembali ceria. Hanis betul betul gembira dapat jumpa lelaki itu walaupun di alam maya. Mereka mula bertukar nombor. Bagi Hanis, dia tak kisah untuk bertukar nombor dengan lelaki itu kerana Zarul itu kawan kepada dua pupunya yang merangkap kawan kelasnya, Husna.

Menurut Zarul, mereka pernah berjumpa di satu tempat yang tidak dapat diingatinya. Setelah lama berhubung melalui alam maya dan telefon, mereka mula merancang untuk berjumpa secara rasminya di rumah Husna sempena hari jadinya. Masing masing teruja untuk berjumpa antara satu sama lain. 'Comelnya dia, lembut je', kata Zarul dalam hati ketika mereka pertama kali bertentang mata. Zarul juga perasan yang Hanis malu apabila Hanis melarikan pandangan apabila pandangan mereka bertemu tadi. 'Tinggi nak mati mamat nih', kata Hanis apabila terlihat Zarul yang sedang memandangnya tapi hanya di dalam hati.

Dan mereka mempunyai satu perbualan yang ringkas sebelum Hanis pulang.

Zarul : Call siapa tuh?
Hanis : Mama
Zarul : Nak balik dah ke?
Hanis : A'ah, nak pergi Ipoh.
Zarul : Buat apa nak pergi Ipoh?
Hanis : Nak amik kakak.
Zarul : Oh, okay. 

Sebelum balik, Hanis mahu bercakap sekali lagi dengan Zarul tetapi niat itu dibatalkan apabila Zarul sedang rancak berbual dengan Husna. Hanis terus pulang tanpa memberitahu kepada Zarul.

balik bukan nak bagitahu , pusing belakang dah hilang.

Satu mesej diterima Hanis daripada Zarul membuatkan Hanis tersenyum seorang diri di dalam kereta yang sedang menuju ke Ipoh. Hari itu, hari yang bermakna kepada Hanis kerana dapat berjumpa dengan seorang lelaki yang berjaya membuat harinya kembali ceria.

~bersambung~




Thanks for reading :)




Older . Newer


// Forever Young-One Direction