Forever Young


Hanis
Saturday 1 December 2012 ? 0 Atashinchi ?
Hidup Hanis sentiasa dipenuhi dengan senyuman dan gelak tawanya. Semua orang perasan keceriaan Hanis seperti telah dikembalikan dan Hanis nampak lebih ceria. Tapi mereka semua juga tahu tentang Zarul. Dan bila nama Zarul disebut, pasti Hanis akan terdiam dan pipinya akan merah sendiri. Hanis gembira kerana dapat melupakan kesedihannya dengan cepat dan mengenali seorang lelaki sebaik Zarul. 

Suatu hari, Zarul telah mengajak Hanis ke majlis pertunangan kakaknya, Kak Fina. Hanis agak takut untuk memberitahu ibunya tentang perkara itu. Tapi disebabkan ingin berjumpa dengan keluarga Zarul, Hanis telah memberanikan dirinya. Reaksi ibu Hanis cukup positif tetapi sempat memerli tentang kegatalan Hanis. Tetapi Hanis hanya buat tak endah dengan perlian ibunya kerana Hanis cuma ingin berjumpa dengan keluarga Zarul, dalam masa yang sama ingin mengenali mereka dengan lebih dekat.

Hari yang ditunggu telah tiba, Zarul telah menjemput Hanis ke rumahnya. Sampai di rumah Zarul, Hanis cuma duduk diam dan bersalam dengan keluarga Zarul. Lidah Hanis seperti kelu untuk bersembang dengan keluarga Zarul. Ya, pertama kali berjumpa keluarga orang yang disayangi. Malu itu pasti dan wajib. Hanis memang seorang yang peramah tetapi untuk orang tertentu kerana dia malu untuk memulakannya dulu. Dan bertambah malang apabila Hanis terpaksa pulang ke rumah awal kerana kakaknya sudah menjemputnya untuk pulang. Sedih tetapi dipendam.

Hanis tetap gembira kerana dia dapat berjumpa dan berkenalan dengan keluarga Zarul. Setiap hari pasti Zarul yang diingati. Hanis terfikir mandrem apa yang Zarul guna sehingga Hanis boleh jadi sebegini. Hanis ingin mengawal rasa sayang itu kerana takut kecewa seperti cinta pertamanya tetapi Zarul terlalu istimewa bagi Hanis. Ya, Nurhanis binti Abd. Samad terlalu sayang Muhamad Izzarul bin Yusuf.

~

Hari yang istimewa buat Hanis telah tiba. Ulang tahunnya yang ke 19. Hanis merasakan tahun ini akan menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Zarul. Mereka telah berjumpa di Marina Island tapi Hanis terlalu malu untuk mendekati Zarul di depan kawan kawannya sehingga Zarul terasa dengan perbuatan Hanis kerana Hanis lebih banyak meluangkan masa dengan kawan kawannya berbanding dirinya. Malam itu, Zarul merajuk dengan Hanis. Penat jugak Hanis memujuk Zarul dan menjelaskan bahawa Hanis tidak sengaja. Dalam diam, Hanis tersenyum kerana baginya rajuk Zarul itu sangat comel. 

Ya, Hanis seperti orang gila semenjak mengenali Zarul. Senyum dan gelak seorang diri. Hanis jadi begitu kerana Hanis teringat ayat ayat Zarul yang comel, kelakar dan sweet. Hanis seperti obses dengan Zarul tanpa Hanis sedari kerana setiap kali bersembang dengan kawan kawan, Hanis pasti menyebut dan bercerita tentang Zarul. Zarul, Zarul, Zarul dan ZARUL!

Suatu hari, Hanis mendapat berita bahawa Zarul terpaksa out station atas urusan kerja. Hanis menangis sendiri kerana out station Zarul itu bukannya sekejap tetapi 3 bulan. Ya, 3 bulan. Dan mereka hanya boleh berkomunikasi pada hujung minggu sahaja kerana Zarul sangat sibuk. Setiap hari, Hanis menangis kerana terlalu rindukan Zarul. Sejak Zarul pergi out station, tiada siapa boleh buat Hanis gelak seperti Zarul selalu lakukan. Hanis terlalu lalu rindukan Zarul!

Setiap hari, Hanis tetap setia menunggu Zarul walaupun terdapat orang yang mengatakan bahawa Zarul tidak akan pulang tangan kosong dan Zarul pasti mencari pengganti dirinya. Menangis Hanis makin menjadi jadi tetapi Zarul pandai menenangkan Hanis dengan menyatakan bahawa dia hanya menyayangi Hanis seorang. Tetapi hati seorang perempuan akan tetap menyimpan perasaan ragu ragu. Segera Hanis tepis perasaan tersebut kerana menyanyangi Zarul. Tak sanggup Hanis untuk berpisah dengan Zarul kerana Zarul yang mebuat hidup Hanis kembali ceria dan lebih bermakna. 

~ bersambung ~

For your information, cerita ni diadaptasi dari kenangan aku sendiri cuma diubah. Zarul? Hanis? I don't know who. Aku main rembat je nama tuh. Post sebelum ni aku buat dah lama, time aku still setia dengan "Zarul" tuh cuma aku draft. Dan ini sambungannya. Aku buat sambungan sebab aku bosann. Haha, kenangan cuma tinggal kenangan dan masa tidak dapat diundurkan right? For sure, aku memang sayangkan lelaki yang korang kenal sebagai Zarul. Sampai sekarang perasaan tu kuat tapi aku redha. Dan aku pegang teguh dengan jodoh dan maut di tangan Allah.

To "Zarul" - Thank you sebab awak dah buat saya happy dulu. Perangai saya teruk. Dan maafkan saya kalau ada terkasar bahasa yang sememangnya sentiasa. For sure, I'll miss our stupid conversations, our moments, and your face when you feel annoyed. You know what, I love that face so much. Seriously, haha. Dan halalkan makan minum saya selama kita kenal nih.

Guys, thank for the support and I love you guys so much. Nantikan sambungan cerita ni cause right now, I've out of idea. Can't wait to see you soon :')



Thanks for reading :)




Older . Newer


// Forever Young-One Direction