Forever Young


People around her
Thursday 10 January 2013 ? 0 Atashinchi ?
Siapa sangka setia Hanis terhadap Zarul itu sia sia? Ya, sia sia. Semuanya sia sia apabila Zarul ingin memutuskan hubungan mereka. Hanis? Dia menangis seperti orang gila. Itulah kerjanya, menangis. Hanis baru ingin rasa bahagia. Sudah ramai yang menasihatkan dia tapi Hanis cukup suka dengan ayat 'Bukan kau yang kehilangan tetapi dia. Dia hilang perempuan yang betul mencintai dia'. Dan itu buat Hanis bangun dari kesedihan. 

Elia, Nabhila, Sharifah dan Mimi. Merekalah penguat semangat Hanis. Kerana mereka Hanis menjadi seorang yang periang kembali. Hanis tak sangka, hanya kerana kawan baik dan bukan lelaki Hanis masih boleh tersenyum gembira. 

Elia - Kenal then terus rapat. Hampir semua benda diorang dua buat sama sama. Setiap hari berjumpa walaupun berlainan kolej. Bagi Hanis, Elia bagai seorang puteri. Semua kehendaknya akan dipenuhi. Semua orang. Tetapi Hanis bukan begitu. Selagi boleh, Hanis akan cuba. Jika tak mampu, Hanis buat bodoh. Itu lah perangai Hanis. Hanis sangat sayangkan Elia walaupun kadang kadang Hanis melebihkan Nabhila. Ya lah, Hampir semua benda Hanis buat dengan Elia. Shopping, makan, jalan, belajar, tidur, lepak. Kawan Hanis kawan Elia dan kawan Elia kawan Hanis. Hanis sayang sangat dekat Elia dan Hanis harapa Elia tahu fakta tu sampai nafas terakhir. Hanis harap friendship diorang akan kekal sampai akhir hayat. In Shaa Allah

Nabhila - Kawan lama Hanis yang sangat memahami dan cuba untuk jadi cool dan matured walaupun sebenarnya dia tak. Nabhila, dia lah penasihat tentang hidup Hanis dan Nabhila selalu bergaduh tapi mereka pasti berbaik tak lebih dari 24 jam. Semua perkataan keluar tetapi mereka tetap kawan baik. Hanis sayang sangat kat Nabhila. Nabhila lah tempat Hanis mengadu, Nabhila lah yang selalu nasihat Hanis tentang semua perkara. Bila mereka berjumpa, tiada siapa boleh mencelah ketika mereka bercakap kerana mereka bercakap tanpa berhenti! Nabhila lah kawan terbaik Hanis pernah ada. Hubungan siorang takde siapa boleh kacau. Friends till the last breath.

Sharifah - Cousin yang terbaik Hanis pernah ada. The genius one. Terlalu genius, hm. Walaupun berjauhan meraka tetap rapat. Hanis rindu Sharifah.

Mimi - Classmate yang paling gilaa. Hanya mereka yang faham apa yang sedang dibualkan. Ya, hanya mereka. Bila berjumpa dan jika tidak ketawa, must be wrong somewhere. Hanis tak tahu kenapa tapi dengan Mimi, Hanis jadi lain. Another person. Haihh, pelik. Yang penting, Hanis tahu Mimi sayang Hanis macam Hanis sayangkan Mimi. Friendship till Jannah In Shaa Allah.

#people around her just so cool and awesome. Till we meet again, daa ;)


Thanks for reading :)




Older . Newer


// Forever Young-One Direction