Forever Young


Move On
Thursday 9 May 2013 ? 0 Atashinchi ?
Semua orang akan cakap move on je, he / she doesn't deserve you. Dan tak semua orang boleh rasa sakit nak move on tuh. Tapi sekurang kurangnya kita perlu mencuba kan? Macam sampai bila kita nak hidup sambil mengenang kisah silam yang kita tahu hanya akan membuat kita lemah dan menangis?! SAMPAI BILA?! #kay, sorry emo.

~

"Hanis?"

Lantas Hanis menoleh untuk melihat gerangan yang memanggilnya. Hanis agak terkejut apabila melihat lelaki tersenyum di depannya. Ya, lelaki itu. Jelas riak muka Hanis berubah bila ternampak lelaki itu depan matanya. Mengapa dia perlu muncul sekarang?! Time time macam ni lah dia nak muncul! *kata Hanis di dalam hati.

Ya, kehadiran lelaki itu hanya akan membuat hati kecilnya menangis setelah sekian lama.

"Kenapa muka awak macam nampak hantu ni? Takkan kat shopping mall pun ada hantu?"
"Hm, takde ape."
"Kenapa awak macam tak suka aje bila nampak saya kat sini?"
"Hm? Eh, takde lah. Okay lah Zarul, gtg."

Hanis terus melangkah dari situ dengan laju. Namun, sempat dia menoleh ke arah lelaki itu dan lelaki itu sedang memerhatikannya dari jauh sambil tersenyum. 

'Makin comel dia sekarang' 
- kata Zarul di dalam hati
'Makin handsome dia sekarang. Eh, stop it Hanis! He just your past. Don't let him break your heart again!' 
- nekad Hanis!

Apabila Hanis sampai di katilnya, Hanis terus merebahkan diri. Menutup mukanya dengan bantal busuk kesayanganya dan menangis. Sudah lama Hanis tidak menangis sebegitu teruk. 

"Assalamua'laikum.
Eh, budak ni boleh pulak dia tidur. Dengan pintu tak kunci. Tak sayang barang langsung. Kang hilang mula lah menjerit bagi satu kolej dengar." 
-bebel Mimi

Ya, Mimi dan Hanis dapat menyambung pelajaran mereka di UiTM Shah Alam. Hanis mengambil jurusan dalam bidang yang diminatinya iaitu Pengajian Perbankan manakala Mimi mengambil Asasi TESL.

Mimi mengeluh apabila melihat keadaan Hanis yang suka tidur. Lalu, dia membuat keputusan untuk mengejut Hanis. Dengan laju Mimi merentap bantal busuk Hanis yang sedang menutup mukanya.

"Ya Allah Hanis. Kau kenapa ni menangis teruk macam ni? Kau failed kuiz tadi eh?" 
- teka Mimi. Kerana pagi tadi Hanis kelihatan sangat takut memandangkan mesej yang dihantar oleh Hanis.
"I saw him Mimi. Why?!"
"Kau jumpa siapa ni? Apa yang dia buat kat kau sampai kau menangis macam ni?"
"He said 'Hanis'. He still remember me. And I still can't forget about him."
"Hm, I guess I know who. Sudah lah Hanis, kau dah janji kan tak nak nangis sebab dia. Kau dah janji nak move on."
"Aku tahu tapi hati aku jadi sayu bila nampak dia tadi. Semua kenangan kitorang muncul sekelip mata. Sakit Mi, sakit."
"Kau jumpa dia kat mana?"
"Tesco. Kau kan pesan beli syampu."
"Ha'ah, lupa pulak aku. Ha, mana syampunya?"
"Hm, sorry. Bila aku nampak dia, aku lupa semua benda. Kecuali kenangan kitorang."
"Then, kau fikir menangis boleh buat kau tenang? Dah, pergi siap cepat! Solat! Japgi teman aku makan kat tempat biasa. Harini ada bola. Pleaseee."
"Give me a minutes."
"No! Now!"

Dengan malas Hanis bangun dan mengesat air matanya dan menuju ke bilik air. Sambil mandi, sekali lagi air mata Hanis jatuh. Segera Hanis menyeka air matanya dan menenangkan diri. Selesai solat Maghrib dan Isyak, Hanis dan Mimi bergerak ke kedai mamak yang berdekatan dengan kolej mereka. Di dalam kereta, Mimi menjadi geram dengan Hanis apabila Mimi sedang bercakap dengan tiang gol kerana Hanis hanya memandang jalan tanpa mengendahkan apa yang sedang dicakapkan oleh Mimi. Tapi Mimi mengerti mengapa Hanis menjadi sedemikian. 

Apabila sampai di destinasi mereka, Mimi mengorder makanan dan minuman kebiasaan mereka. Dan keadaan masih sama kerana Hanis hanya diam seribu bahasa.

"Mi, kenapa dia kena muncul selepas menghilangkan diri bertahun lamanya."
"Ingat Hanis, bukan dia yang menghilang. Kau yang move on. Dunia ni bukanlah besar mana Hanis. Pusing lah kat mana pun, dah jodoh jumpa jugak."
"So, kau nak cakap aku dengan dia memang ada jodoh? Macam tu?"
"Mana lah aku tahu korang ada jodoh ke tak. Soal jodoh, maut ni semua kerja Allah. Kita ni hamba cuma perlu berusaha."

~

"Mimi kan?"
"Ya, saya Mimi. Boleh saya tahu awak siapa?"
"Oh, aku Zarul lah. Kau dah lupa eh? Buat apa malam malam kat sini?"
"Memanah."
"Haha, bergurau pulak dia. Sorang aje ke?"
"Tak lah, dengan kawan. Kau sorang?"
"Nampak gayanya, macam tu lah. Nasib orang membujang. Kawan semua keluar dating."
"Oh, okay lah. Nanti sembang lagi. Kesian pulak kawan aku tunggu lama."
"Eh, Mimi kejap."
"Ya?"
"Kau still contact Hanis?"
"Kenapa tanya?"
"Kalau aku nak nombor dia boleh? Aku terserempak dengan dia tadi, tapi dia terus balik."
"Hm, okay. Ni dia 01*- *******. Jangan bagitahu kat Hanis aku yang bagi tau."
"Thanks Mimi. Aku rindukan Hanis sebenarnya. So, kalau kau ada jumpa Hanis. Tolong kirim salam tau! Amanah nih!"
"In Shaa Allah."

~bersambung~




Thanks for reading :)




Older . Newer


// Forever Young-One Direction